Friday, November 18, 2011

Servis Gomen

Ni taun ke 8 aku serve gomen okey..tahun ke 8!!!! Rasela jugak udah busan dgn routine, tapi aku sesungguhnye adore teaching those kids...tambah pulak dgn bonus masa luang dgn anak kalau takde ape activity petang weekdays, tambah dgn cuti sekolah lagi, aku redha terima ke'square'ran dunia aku ngadap kije seharian yang sangatla routine!

Tapi barangkali kalau dah masuk tahun ke 10, harusla aku beralih arah lak carik peluang lain...kan????bukankah berhijrah kapada sesuatu yang lebih baik itu besar pahalanye?????

Study Lagi???

Ada member tanye, pas habis ni nak sambung lagik ke??Hehe..aku cam tekedu gak nak jwb, kang bekoba jwb ye kang, alangkan yg ni nak ngabihkan pun sangap(yela, kot kalu aku fulltime belajo je,phd pun harus aku buat gak..ni dgn kije lg, ngan bela anak, bela laki lagi etc etc etc..)Tapi aku penah mengstandardkan tahap doktorat tu nak jugak aku capai..bukan nak challenge sesapa, tapi sebagai sandaran untuk jadi contoh kat anak2 nanti, kalu mama ngan abah boleh, why not kamu anak2 kan....insyaalah.sape takmo anak2 bejaya ye dak..cuma pokok pangkalnye, mampu atau tidak nak capai matlamat ni(dalam keadaan aku sekarg, dapat ngabihkan yg ada ni pun dah syukur ya rabbi )...sesungguhnya aku salute giler pada golongan mummies yang bukan saje bekerja sepenuh masa, sambil tu belajar lagi, sambil tu beranak lagi, sambil tu, settle family tanpa bantuan maid..huh, sungguhku kagum ibu2 sebegini...payah weh nak handle physical stress, apatah lg mental n emosional stress..tambah lak kalu dikelilingi ank2 yg tengah lasak membesar..esp tang umor babies..lagile....Macamanapun, apa2 kepayahan yg datang, insyaalah ada ganjaran disebaliknya, tidak sekarang, mungkin later nanti..aku cuma mengharap, apa yg dikerjakan sekarang sampai ke penghujungnya, dan kemanisannya dapat dikecapi, bukan hanya untuk aku sorang je, tapi seisi keluarga la kan..amin

Petua Tradisional

source:http://sklaloh.kelantan.edu.my/petua2.htm

http://www.astra.org.my/docs/petua.pdf

Petua Dan Tips
Mengatasi Kulit Kepala Gatal

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan ke
seluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu
jam. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali
seminggu.

Mengubati Cirit-Birit
Bancuh air suam bersama teh tanpa gula. Biarkan rasa pahit atau
kelat sedikit. Bacalah selawat dan minum. InsyaAllah akan
mengurangkan cirit birit.

Hilangkan Kesakitan Cekam Kuku
Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dipotong sedikit bahagian
atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna
kekuningan. Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu,
cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian
limau yang telah dipotong tadi. InsyaAllah kuku yang bernanah akan
emngecut dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Meredakan Batuk
Petua 1 : Ambil sedikit madu lebah asli dicampurkan dengan perahan
limau nipis. Minum air tersebut dan amalkan sekali atau 2 kali
sehari. InsyaAllah batuk berkurangan.
Petua 2 : Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk
selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Minum minuman ini
sekerap mungkin.
Petua 3 : Ambil 2 tangkal cili kering dan bakar sehingga hangus.
Campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa. Apabila sebati,
sapukan di sekitar kerongkong. InsyaAllah batuk akan hilang dan
sakit kerongkong akan berkurangan.

Merawat Bibir Pecah
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian
diminum beberapa kali.

Merawat Senggugut
Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil
sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk
halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari
berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke
dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air
tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum
emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa
kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi
arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan
minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula
kedatangan haid. Insyaallah, mujarab
Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada
hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1
@ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana
pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali
makan .
Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air
teh pahit tanpa gula.
Segarkan Mata
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Mengatasi Hidung Bayi Tersumbat
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan
sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Namun, jangan
biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

Susah Hadam
Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu dan
hancurkan. Campurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan
roti. Amalkan selalu.

Melegakan Angin Badan
Petua 1 : Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama
halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke
dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.
Petua 2 : Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan
makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan
keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Petua 3 : Ambil 5 ulas bawang putih dibakar jangan sampai hangus.
Makanlah bawang tersebut sampai habis. InsyaAllah cara ini sangat
mudah dan menyenangkan kita.

Telinga Dimasuki Serangga
Jika telinga kiri yang dimasuki semut, tutuplah lubang telinga kanan
dengan jari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut.
Masa ketiga- tiga pancaindera itu tertutup, bernafas panjang panjang
seberapa yang boleh. Dengan cara ini semut dan serangga itu akan
tertolak keluar oleh desakan angin pernafasan yang mendesak melalui
lubang telinga yang ada serangga itu. Lakukan beberapa kali dengan
bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Melegakan Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu
panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali
sehari. Caranya:Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas
air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan
setiap hari sehingga anda berasa lega.

Rambut Cepat Beruban
Petua 1 : Ambil biji betik yang sudah masak anggaran dua sudu
besar. Jemur sehingga kering dan goreng sehingga garing. Campurkan
biji betik tadi dengan minyak kelapa secukupnya. Cuci rambut dengan
bersih dan campurkan minyak tadi ke bahagian rambut yang putih.
Lakukan setiap kali sebelum tidur malam.
Petua 2 : Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir daun lidah buaya dan
air limau nipis sehingga sebati. Lumurkan pada kepala sebelum mandi.
Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan
menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan 3 kali seminggu.
Petua 3 : Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari.
Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan
hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Menghilangkan Panau
Ambil lengkuas sebesar ibu jari. Buang kulit arinya dan dicuci
bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain
perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit yang berpanau,
amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

Serangan Cacing
Petua 1 : Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari
sehingga penyakit hilang.
Petua 2 : Untuk menghapuskan cacing kerawit, ambil air perahan lobak
merah dan campurkan dengan santan pekat. Minumlah air tersebut
ketika hendak tidur.

Penawar Racun dan Santau
Petua 1 : Jika anda baru menyedari telah termakan racun atau santau,
makan 3 ulas bawang merah dan jangan minum air selama 3 jam.
Petua 2 : 3 ulas bawang merah dicampur sedikit minyak sapi, ditumbuk
dan diperah pada kain. Ambil airnya dan minum sambil meniarap.
Jangan minum air selama 3 jam. InsyaAllah anda akan terhindar dari
kesan racun atau santau tersebut.

Menghilangkan Kudis Di Kepala
Jika anda menghadapi masalah kudis di kepala, jangan cuba
hilangkannya dengan membasuh rambut dengan syampu kerana ia akan
merangsangkan lagi kudis tersebut. Cara untuk menghilangkannya
adalah mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan sedia terdapat di
dapur anda. Titikkan atau tumbukkan sedikit kunyit hidup dan
campurkannya dengan minyak masak. Jerangkan di atas dapur dengan
menggunakan api yang perlahan selama 15 hingga 20 minit. Tutupkan
api dan biarkan ia sehingga menjadi suam. Kemudian sapukan ia ke
atas kudis. Lakukan beberapa kali hingga kudis tersebut berkuping
dan kemudiannya tanggal.

Petua Berhenti Merokok
Makan 5 biji buah pelaga dan 2 biji cengkih setiap hari selama
seminggu. InsyaAllah tabiat merokok dapat diberhentikan sedikit demi
sedikit, seterusnya berhenti keinginan merokok.

Mengatasi Sengal Tulang
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. Sapukan getah itu
pada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami
sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Badan Terlalu Kurus
Ingin menjadi tegap dan sihat, amalkan petua ini. Semasa anda masak
nasi, ambillah segelas air nasi yang sedang menggelegak campurkan
sedikit gula. Amalkan minum pada setiap hari. InsyaAllah badan akan
menjadi sihat semula dan tak terlampau kurus.

Menghilangkan Bisa Tulang
Campurkan air sejuk dan air panas di dalam satu baldi. Campurkan
sedikit garam. Amalkan mandi dengan air tersebut setiap kali anda
mandi. Disamping itu, makan 3 biji bawang putih dan sebesar ibu jari
tangan halia yang sudah dibakar. Amalkan selama 3 hari 3 petang.
Memutihkan Gigi
Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi yang hendak anda
gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan lebih putih
berseri. Juga menghindarkan dari sakit gigi dan mulut.

Susah Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian
pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu
atau kering, berbeza dari warna asal.
Mengatasi Masalah Gusi Bengkak
Ambil sedikit kulit pokok mempelam atau mangga. Basuh dan rebus
dengan sedikit air dan campur dengan sedikit garam. Apabila
mengggelegak, angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam panas.
Berkumurlah setiap hari dengan air tersebut.

Mereda Ruam Panas
Tepung kanji dicampurkan sedikit bedak wangi, kemudian lumurkan pada
bahagian badan yang mempunyai ruam panas. Sebaiknya lumurkan selepas
mandi. InsyaAllah ruam panas akan beransur sembuh.

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sireh. Gulung menjadi kecil dan sumbatkan pada
hidung yang keluar darah. Pada waktu yg sama, ambillah ketulan ais
lalu bungkus ke dalam kain atau tuala, letakkan di atas dahi.

Mengeluarkan Selumbar (Duri)
Apabila terkena selumbar pada tapak kaki atau tangan, ambil saja
sedikit belacan dan sapukan pada tempat terkena selumbar. Biarkan
beberapa minit. InsyaAllah duri atau selumbar yang tercucuk itu akan
timbul dan lebih mudah dicabut.

Tertelan Benda Keras
Jika anda tertelan benda keras seperti guli, syiling atau gula-gula,
jgn cepat panik. Segera makan buah betik yang masak seberapa banyak.
Ia akan keluar bila saja anda membuang air besar.

Melegakan Gatal Kulit Dan Alahan
Untuk menghilangkan gatal kulit dan alahan, ambil beberapa helai
daun sireh dan rebuskan. Biar hingga mendidih. Celupkan kain bersih
ke dalam air rebusan sireh yang sudah suam2 kuku dan tekapkan kain
itu pada bahagian kulit yg gatal, kira-kira setengah minit.
InsyaAllah kegatalan akan hilang.

Menghilangkan Kutu Kepala
Ambil lima ulas bawang putih, tumbuk sehingga lumat. Campurkan
dengan secawan minyak kelapa. Lumurkan pada rambut dan kulit kepala.
Bungkus rambut anda dengan plastik selama 3 jam. Kemudian, cuci
rambut sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali. InsyaAllah kutu
kepala akan hilang.

Anak Sesak Nafas
Jika anak sesak nafas, ambil minyak kelapa dan gosokkan di atas
kepalanya.

Penawar Bisa Sengatan
Sebelum di bawa ke klinik akibat terkena sengatan berbisa seperti
tebuan, lipan dan lebah, ambil sedikit gula merah yang cair dan
sapukan pada tempat terkena sengatan. Ia dapat mengurangkan
bisa-bisa pada peringkat awal.

Melembutkan Tapak Kaki
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau
nipis. Gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan
sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

Terseliuh Atau Bengkak
Potong sebiji limau nipis dan satukan dengan sedikit kapur sirih.
Sapukan pada bahagian yang sakit. Urut perlahan-lahan. Selepas itu,
barulah dibalut dengan kain bersih. InsyaAllah, bengkak tersebut
akan segera pulih.

Mengubati Lelah
Petua 1 : Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik.
Campurkan madu dan getah betik tadi dan kemudian diberi munum dengan
air yang telah dibaca selawat.
Petua 2 : Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya, masukkan gula
batu dan bakar hingga masak. Perahkan buah itu untuk diminum jusnya.

Mengelakkan Nafas Berbau
Petua 1 : Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah
hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja
meluahkannnya. Minumlah air suam selalu.
Petua 2 : Ambil 7 helai daun sireh diracik halus kemudian diramas
dengan semangkuk air panas suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah
setiap hari dengan air itu.

Melegakan Sakit Gigi Berlubang
Petua 1 : Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk
memasak. Kemudian bakar seketika di dalam piring (jangan sampai jadi
abu). Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang. Hati-hati
jangan terkena gusi.
Petua 2 : Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan
atau sapukan kepada gigi yang sakit.
Petua 3 : Ambil getah pada tampuk buah betik yang masih muda.
Sapukan dengan kapas dn letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah,
sakit gigi anda akan beransur pulih.

Menghilangkan Kembong Perut
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa.
Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. Kemudian, daun yang
masih panas ditekapkan kepada perut.

Mengurangkan Suhu Badan
Ramas dan rendamkan beberapa kuntum bunga raya bersama lendirnya ke
dalam air dan sapukan ke dahi. Insya-Allah kurang suhu badan.
Mengawal Penyakit AIDS
Minumlah air rebusan akar pokok tembikai atau akar pokok kemboja
sebagai amalan harian.

Sakit Terkena Api Atau Air Panas
Petua 1 : Jika terkena api atau air panas, cara yang paling mudah,
sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin ke tempat yang sakit atau
melecur.
Petua 2 :Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.
Petua 3 :Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih
itu lekang sendiri.
Petua 4 :Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.

Mengubati Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering . Buang kulitnya,
kemudian tumbuk pinang tadi hingga lumat. Campurkan dengan minyak
kelapa supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit anda. Bahagian
kulit yg berkudis itu hendaklah dibersihkan sebelum disapu dengan
serbuk pinang.

Anak Kencing Malam
Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam,
cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan
sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu
hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu,
InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.

Badan Letih Lesu
Jika badan anda terasa letih lesu anda boleh minum air basuhan beras
yang sudah bersih, sebanyak sekali sehari. InsyaAllah, tenaga anda
akan pulih kembali.

Menghilangkan Sakit Kepala
Petua 1 : Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada
kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala
tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri
apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan
berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Petua 2 : Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang
sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan
bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar
dan ringan kepala.

Merawat Sakit Mata
Petua 1 : Daun bunga melati, jika ditumbuk sampai lumat, kemudian
ditampal pada kening, insyaAllah akan sembuh dari sakit mata.
Petua 2 : Ambil beberapa helai daun sireh dan ramas dengan sedikit
air dan secubit garam. Titis airnya ke dalam mata sehingga sembuh.
Penglihatan anda juga akan lebih terang dan jelas terutamanya bagi
mereka yg telah lanjut usia.

Melegakan Selsema
Petua 1 : Panaskan secerek air hingga menggelegak. Masukkan dalam
satu besen. Masukkan sejemput serbuk teh atau serbuk kopi. Titiskan
2 titis minyak geliga. Ambil gebar dan selimutkan seluruh badan anda
dan besen itu dengan gebar tersebut. Tunggu hingga 10 minit.
Bernafaslah seperti biasa. Anda akan berpeluh-peluh. (Awas, jangan
titiskan lebih dari 2 titik minyak geliga - nanti terlalu panas buat
badan anda).
Petua 2 : Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan
sebanyak tiga kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan
limau serta berkumur air wap bawang putih.
Petua 3 : Ambil kunyit hidup dan tumbuk sehingga keluar air, lalu
sapu memanjang di atas batang hidung hingga ke ubun-ubun. Lakukan
sekerap boleh. InsyaAllah selsema akan cepat sembuh.

Mengatasi Bayi Demam Selepas Disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik,
cuba sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik.
Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda ke
klinik. Insya Allah dengan cara ini anda akan dapat mengelakkan anak
anda dari demam.

Menghilangkan Kurap
Adakah anda pernah mendengar tentang daun gelenggang? Ianya
merupakan tumbuhan hutan yang tumbuh meliar dan boleh juga didapati
di kawasan belukar. Daunnya merupakan ubat yang mujarab untuk
menghilangkan penyakit kurap. Caranya ialah dengan mengambil daunnya
dan basuhkannya sebelum menggulungnya. Kemudian cicahkan hujung daun
tersebut dengan gula dan gosokkan tempat yang berkurap dengan daun
tersebut. Gosoklah berulang kali sehingga tempat yang berkurap
tersebut mengeluarkan darah. Luka di tempat berkurap tersebut akan
berkuping. Kuping tersebut akan tanggal selepas beberapa hari
kemudian dan kurap pun akan hilang dan tidak berulang kembali.

Menghilangkan Ruam Bayi
Bagi ibu yang mempunyai bayi kecil seringkali menghadapi masalah
ruam pada kulit bayi akibat dari ruam susu atau alahan. Sebagai
usaha mengatasi masalah tersebut, ambil segenggam daun letup,
masukkan kedalam air suam beserta sedikit ibu garam, ramas dan
mandikan bayi dengan air tersebut menggunakan daun tadi. Lakukan
setiap kali bayi dimandikan.

Digigit Hama / Tungau
Ambil minyak cap kapak atau minyak kayu putih kemudian disapukan ke
bahagian yang digigit. Anda juga boleh menggunakan kapur sireh.

Lemah Otot
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama
susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang
lemah.

Mengembalikan Kesegaran Kepala
Ramas tujuh biji limau nipis yang telah dipotong melintang ke dalam
bekas air suam. Tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala
selama sepuluh minit. Kemudian barulah dibilas. Lakukan pada waktu
petang.

Buang Air Besar Berdarah
Ambil segenggam jintan hitam, ditumbuk lumat. Kemudian dicampur
dengan air suam. Minumlah 2 kali sehari waktu pagi dan malam selama
3 hari berturut-turut.

Merawat Buasir
Petua 1 : Ambil 3 ulas bawang putih, akar jejawi dan bawang cina.
Semua bahan itu ditumbuk lumat, kemudian dicampur sedikit minyak
zaitun. Ssapulah disekeliling buasir setiap hari selama seminggu.
InsyaAllah ia sembuh.
Petua 2 : Sebiji tomato yang masak digoreng dengan minyak yang
banyak. Semasa menggoreng pastikan tomato itu tidak pecah. Selepas
itu masukkan ke dalam botol dan tutup rapat. Sapukan minyak tomato
itu pada dubur pesakit. Lakukan sekerap mungkin utk memperolehi
hasilnya.

Petua Medu
Ambil lada hitam 7 biji, bawang putih 5 ulas, bawang merah 5 ulas
dan halia sebesar ibu jari. Semua ramuan itu hendaklah ditumbuk
lumat dan ambil airnya dan dibuat minum.
Merawat Penyakit Darah Tinggi
Petua 1 : Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga
mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan.
InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2 : Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis.
Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama
seminggu berturut-turut.
Petua 3 : Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris
nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan
sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan
selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah
badan anda akan lebih segar.
Petua 4 : Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus
bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi
semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.
Petua 5 : Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan
kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Petua 6 : Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan
sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.
Merawat Ketagihan Candu/Dadah
Ambil 2 sudu besar madu asli dan campurkan dgn air/ minyak bunga
mawar yang dipanaskan sekadar 1 cawan kemudian diminum. Lakukan 2
kali sehari sehingga pulih.

Mengurangkan Suhu Demam
Lendir dari daun lidah buaya boleh mengurangkan suhu demam. Sapukan
pada dahi dan bahagian badan yang panas.

Meredakan Kencing Manis
Petua 1 : Ambil lima kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa
minyak sehingga garing. Tumbuk lumat sehingga halus. Ambil 1 sudu
teh serbuk kulit jering tersebut dan bancuhkan dengan kopi. Minum
air ini 2 kali sehari.
Petua 2 : Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari.
InsyaAllah dalam masa 2 bulan akan pulih.

Mengubati Penyakit Campak
Petua 1 : Ambil air kelapa lalu diberi minum dan makanlah makanan
yang berebus.
Petua 2 : Ambil sedikit daun jambu, campurkan dgn bedak sejuk dan
tumbuk sehingga lumat. Sapukan pada bintik-bintik merah. Apabila
bintik-bintik merah hampir akan hilang, mandikan dgn air jambu yang
diramas di dalamnya.

Merawat Gastrik
Petua 1: Campurkan buah kurma dengan sedikit susu kambing atau susu
lembu asli segar. Minum dua kali sehari.
Petua 2 : Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan
kunyit dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati dan
minum. Ulangi selama beberapa hari dan anda akan terhindar dari
sakit pedih ulu hati.

Tentang MI

MI(panggilan untuk ibuku,short form of UMMI), skang mesti tengah sebuk layan abah aku makan kat umah..dia suka masak..dan sangat pandai masak(though time kicik dulu salu je kami anak beranak jadik mangsa kena test makan segala menda yang dia masak berulang-ulang kali..contohnye..kalu dia tengak kemaruk masak bun, harusla kami dalam umah tu tiap petang makan bun dia wat sendiri, kalo sampai kemaruk dia wat kek, tetiap harile kami makan kek jugak..hehe

Pun begitu, mak aku nih quite garang a..maybe sebab aku pun salu wat perangai gak dulu..maklumle, bangsa payah nak dengor kate...namun garang-2 dia, aku rase garang lagi aku ngan NABIL heheh...garang2 dia, tapi time aku tengah pantangkan Nabil kat umah, mak akule jugak yang sanggup tido kat tilam atas lantai dalam bilik aku tunggu aku ngan Nabil 2 beranak...

Umur dia dah pun menjangakau 60, dulu dia keje opis, orang gomen, now dia penuhkan masa dengan aktiviti ngaji, fardhu ain, etc yang berkaitan agamala. Aku salute ni sebab setengah orang dah berumur pun duk sibuk lagi dgn aktiviti duniawi...eventho dulu dia fulltime bekerja(aku kira agak bepikiran terbuka la kan, dia pakai tudung tutp rambut kemas2 pun dah umur lewat jugak)..namun setelah dia pencen dan menginjak umur meningkat, dia sangat2 la berubah ke arah keagamaan...harap aku pun sama, malah dapat mula lebih awal la fokus tang bekalan dan amalan agama ni...

Tetiba rase tringat giler kat MI, harap2 dia sihat selalula hendaknye...amin I LUVE U MI!Nabil pun sama....

Aku Suka Jumaat

-sebab esok adalah startnye weekend...
-sebab harini hari aku cleaning segala mala lantai umah, toilet, laundrying beria, lipat kain etc...
-sebab harini aku dapat masak beria sikit untuk hasben dan anak compared to other weekdays
-sebab kuar kije awal, at 12 kan, kalau tak lunch same en hasben, aku sahle merayau satu town bangi tu hehe...

Hanya Dia

Bila hati resah, bila jiwa rasa sempit, kembalilah pada Dia, kerana itu yang terbaik.

Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Daripada Surah At-Talaq) ;
Ulangi ayat ini 3 kali

Wednesday, November 16, 2011

To-Do List

- Desa
-Tin Tin
- New Wing
-Red
- Serenia Gardens

Penghujung Sekolah

Minggu ni last persekolahan sesi 2011..makanya mcm tahun sudah, sibuk mendadak.Mcm2 nak kena selesai. Next week belum lapang juga lagi,meeting,meeting,meeting..nampaknya cuti guru masihla belum lagi hak milik hakiki guru 100%. Apa plan nak buat cuti panjang ni,selain kemas kemas kemas dan kemas rumah? Azam baru, kurangkan outing...sebab kalau kerap outing, kerapla end up dgn impulse purchase, pastu nyesal...Niat nak stay lama kat rumah mak, tapi rasanya takdan 2 minggu mesti nak balik umah sndiri juga.. hehe..budak2 ni nanti mcm biasala,24jam round the clock duk umah...tv di conquere sepenuhnya laa jwbnye..Ni yg sakit hati nak carik lcd 12 inch jadi hak milik sndiri pun ok...asal dpt tengok cerekarama ke, drama cina petang2 ke,kan?
ps: encik ahmad, toshiba 19 inch tu pun tak smapai rm500 pun i tengok.....

Saturday, November 12, 2011

Gambo Convo

Murid tua..Nak bergambar pun malas.. Tak mcm 1st degree dulu kan..Apapun,enjoy..Lega sebb siksa dah berlalu.. 2 taun stengah, dua anak...dua kali usung perut besar masuk kelas. Aku rase lecturer pun jaki nengok, aih, dia nih ngandung aje..haha
 lepas ASAR
 mak ayah atuk aku pi..no hasben snap..hasben duk seat VIP..kosong je seat..takde orang
 nampak tak aku kepala pink?ke tak nampak?
teddy..suka!

Lagi Dua Minggu

Stroller budak lagi dua minggu. Bag aku lebih kurg la dua minggu gak. Jam pun lagi dua minggu kot....Tali bag lagi dua minggu usha semula...stress sebb nengok auction, bag idaman murah lawa praktikal dah out of listing..Sapela yg lagi cekap dari aku itu..ciss..takpe takpe,small matter..Pointnye di sini, seme lagi dua minggu a...
ps;oooo lagi dua minggu payday gak heheheh...simpan..simpan..untuk dijolikan kemudian hari>peace!

Weekend

Duk umah jek. Nak rayau pun takde mood. Hujan sepoi2 bahasa. Kain dua bakul tak lipat, kalo tangguh nanti next week budak g taska korek baju dalam bakul la jwbnye..Esok plan nak g lepak Ice Room. Es kcg sedap, murah, cosy pun ya. Bolehla..Dekat umah lagipun..Jimat minyak.

Tuesday, November 8, 2011

Still Cuti Mode;Jangan Cuit Anak Aku!

Esok start keje.Pikir nak keje pun malas. Tapi pikir2 lagi kalau tak keje kang aku nak makan ape?(incik suami dah jeling menyampah kalau bace stetmen ni..)Yela, aku tak suka nak harap duit orng 100%,kalau boleh dpt sama byk dgn gaji yg diterima ok a kan..semua org pun nak ..Bawak le budak cemetot tu g makna2 (read: cemetot is referring to Nabil) adik aku tinggal taska..kang sibuk nak turun stroller la, nak berjalan la, nak nangeh la, nan membuta la..payah. Makanye dia duk nursery, mama kuar ngan abnag Nabil, kang pas Zuhr kita together gather lepak kat umah ya dik? hehe
Berbalik kisah kuar ngan Nabil,saje g nengok brg idaman (yg tak masuk snarai penting) kat satu kedai ni...ulalalala...dah le yg ditayang tu kaler fevret. Tapi tak beli lagi.Takde duit buat cara takde duit.Sok ada duit beli je la pejam mata...Nabil cam selalu la, lompat sana lompat sini.. Apa?Tak tegur? Takde nak tegur2 nya,biarla dia enjoy outing moments tu,bukan salu kuar pun,plus, asal tak terkam org sana sini,kaco public lalu lalang, tak buat prangai menjolok mata sudah..asal dia happy.Fulstop.
Patu tadi masuk satu kedai ni..Nabil duk tepi aku a,aku belek2 satu menda ni..patu masuk satu kapel nih..tamau ckp a bangse ape kang kate racist lak.. yg si minah tu duk sengih2 nengok anak aku..nabil tu cam bese a buat muka senyum menawan dia tu a kunun nak tambat hati org tu..ntah sape2 la weh anak oi ko duk senyum tu......... mujur budak laki ko naaak,kalo ko pempaun mak taktaula...cepat dpt jodoh gamaknye...
yang minah tu pulak TADI AKU TENGOK DUK RABA2 MUKA DIA,IDUNG DIA (muka idung dia sdri a)  daaah duk raba2 pulak muka nabil,jamah2 pipi, jamah2 dagu nabil etc..akukan,bukan nak kureng sopan, tapi aku pantang sketttttt (sangat) org ntah sapa sapa, jumpa tgah2 public duk pgang2 anak aku cenggitu..sebab aku tak buat camtu kalo jumpa anak org esp babies sebb aku mikir..tgan ni menda paling kotor aku rase ...tekan butang lif,pgang eskelator, korek itu,korek ini, pgang sana, pgang sini,patu tetiba g pegang lak anak org yg ko taktau berapa darjah kesensitivitian dia...kalo ko pasti sangat tangan ko bersih takpe a....itu akulaaa,aku taktau la apa korang nye pndapat.ye, maybe aku saiko tak betempat tapi helloooooo..itu anak aku okey.....even anak2 sedara pun, aku tak main pgang2 sesuka ati jek..mesti aku pi toilet/sinki basuh tgan dulu baru jamah2 anak org..kang naik jeragat ke,jerawat ke, ekzeme ke tetiba ke kang ko lak yg disalahkan camne..salu aku agah2 je la paling kuat, sambil2 tu aku hint hint a kat mak dia...AUNTY NI KAN...TANGAN NTAH APAPA PEGANG TADI NI...AUNTY KISS 2 ANGIN JE LA YEAAAA.....sorila kalu stetmen ni kasor skit tapi plisla paham....mau pgang budak,tgan pikir dulu la bersih tidak.jangan main jamah jek...sadis!

3 Wheeler Sweet Cherry Stroller SCR8 for Sale-SOLD

SOLD!
Intact n immaculate condition. Super clean and rated as 9.5 / 10. Tq

Monday, November 7, 2011

Once in a While

Simple . Cun. Nampak la aku dah 30s pakai beg ni. Fakta yang tak boleh ditidakkan..Haha
Aritu beli kaler ceklat, hurup C dia je lain. Rase mcm kureng..so jual kat sorang akak ni.Suka dia.Yela, beg lawa, bersih,murah pulak..Agak2 kalau bosan,jual balik a.senang cerita

Budak Start Conteng Dinding Umah

Aish..dah tunjuk skill ko ye nabil....skit lagi adik lak sama naik conteng..aritu habis pintu wardrobe tu...memang habisla..patutla Kian Classic takde cover contengan under warranty..sebab memang lumrah la,sah la ko mesti nak conteng wardrobe tu..setakat ni wardrobe kat playroom je la..pastu dinding bawah tangga tingkat bawah..sok kaklau ko conteng wardrobe mama atau wardrobe bilik tido, atau atas sofa pulak..mama babap tangan ko nabil...taun depan ko masuk kindy tu,ko asahla skill puas2...hehe
Aritu mase aku tengah tebongkok2 cuci kesan conteng kat wardrobe tu, dia boleh datang sengih2 dekat2 tengok apa aku buat..siap jegil mata tu tanya2 aku ..mama..mama...kenapa? kenapa? ko boleh tanye kenapa nabil? ko sedar tak ko telah menconteng lemari baju yg nangeh abah ko keluar duit bayar masa kita masuk umah dulu..,huhu..sunggohla mendatangkan kemarahan..tapi takpe,harta dunia boleh cari,anak2,nakal camana pun harta n saham akhirat tu...
anyway,mama ucapkan ko selamatla masuk kindy nanti nabil.....makin pandai baca, makin pandai nyanyi ngaji,makin hormat org tua, makin keletah,makin semuala..yg positif2 aje tau..jgn makin yg negatif pulak..
ps: tak koser nak upload gambo wardrobe kena conteng..sakit ati aku

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

Raya everybody..

ps: nak ucap raya pun takde feel.. serious.

Thursday, November 3, 2011

Stats - pelik pelik

smlm tengok blog stats.. apehal carik asah gg ni..aritu lagi pelik, - kening lebat/ beg coach rm50 (adeke jual beg coach rm50 aku pun nak)/budak berhenti menangis(dah nama budak,sah a nangeh)/jeruk ponorogo...(ni nama tempat kat batu pahat tak salah aku a..samapi ke blog aku pulak dia cari jeruk..hahaha

Wednesday, November 2, 2011

My Boys

My heart..2 siblings ni elok je layan dvd cars..semoga u two mnjadi anak anak soleh ya sayang

Tuesday, November 1, 2011

Hubby s Birthday and looonngg holiday

Dear Kids..wish ur dad happy birthday today..and tell him WE LOVE U SO MUCH..n may ALLAH grant him happiness,wealth,strength,love,courage,wisdom,patience n caress in taking care of us... when he gets old, dont forget him..the one who always help mama to clean u both, the one who handle ur nursery s bag n food,  the one who always helps me to take care u both when u r sick..the one who paid the hospital s bills when u two got warded..the one who loves to buy u toys n chocs...the one who changed ur diapers in e middle of night without complaints..and he  does all these not just because they r his responsibilities, but he does these because he loves u two....
HAPPY BIRTHDAY DADDY!


ps;duk kira kira calendar cek tarikh cuti skolah..huhuuuuu lagi dua minggu je uuuuu..yes!

Nabil n Iyad

budak ni skrg asik asik duk tiru dialog tv / kartun dia tengok..sau dialog upin ipin la..diani vocab melayu sgt le kureng..tapi b.i pun takde fasih mana gak pun..mcm speech delay gak la diani aku rasa..tapi since kitorg dah plan nak antr dia masuk kindy jan 2012 ni,so kurangla sikit rasa saiko tertanya2 dalam hati,apesalla dia tak becok2 becakap..tapi ibarat kata mak aku la,kang becok sgt kang becakap mcm2 tak larat nak jwb lak..salu dia suka la jugak tanya2 MAMA MAMA KENAPA?KENAPA? huish,kadang menaikkan bulu roma gak aku asik duk setiap 5 saat panggil mama mama mama..hehehe...ade aje menda nak komen (dalam bahasa baby dia la)...

balik keja lepas amik diorang dr nursery tula yg genting aku rase..yg si baby sibuk nak dukung berkepit je ngan aku dlm 1 jam,selagi tak cukup sejam tawaf umah atas dukungan tu,sah dia tak nak turun main sdri hehe..yg nabil pulak,duk bukak tutup peti ais cari apapa yg lazat kot nak dimakan..biasala kan budak duk nursery,eventhough makan aku dah bekal bergelen2,still la makan main2..cikgu nye pun agaknye nengok budak mkn ala kadar,dia pun suap la ala kadar gak..so,sape yg kata cikgu balik tgahri tido membuta,maafla ye..aku boleh kira brapa kali sgt aku lena tgahari...

apapun kerenah budak2 umur mcm diorang ni, memangla mcm ni...lubang2 pahala mak ayah diorang la tu kalau mak ayh diorg sabar..heheh..amin






Update blog

Lama dah tak on blog.Banyak nak cerita tapi mood nak online blogspot sgt tidak memberansangkan..Tambah2 skrg sekolah tengah busy hal sukan,hal exam,hal peribadi,hal member, hal itu ini..so nak online pikir idea apa nak tulis/taip memang dirasakan mcm buang masa..maka takdelah berupdate blog ni.pun begitu, rindu nak sembang2 via blog,since fb aku rasa mcm poyo jek..rasa mcm transparent sgt pun ya sebb bukan takat friends,friends kpd friends pun habih seme tumpang komen kat fb kite haha

budak2 ni mcm selalu la..selang sari aku amik awal/lambat(4 pg) dari nursery..salu kalau lalu tanya cikgu,cikgu kata dedua lena..time2 aku balik skolah tu,lunch hour kan..sahla memang diorang tido sebb time waktu budak2 mmng tido.balik umah kemas2 apa patut, buat keje umah sikit2,kadang tido ke,masak ke siap2,ptg asar tu terus gi amik diorang..rutinnya camtu la.

harini birthday encik suami.takde apa yg special sgt,mkn2 kat rumah dgn kids la,hari pulak ujan,kot kalau tak hujan nak jugak gi santap kat kdai secret recipe depan umah ni je..since hujan,selamatla poket...tapau kek, bungkus foos pasar mlm(pasai smlm dah masak)..alhamdulillah dinner aka birtday party celebration was great..gambar takde amik.takde mood.hehe.boleh??
Related Posts with Thumbnails