Friday, August 29, 2008

Scan



Pertama kali saya detect pregnancy dengan doktor di sebuah klinik, saya terlupa nak scan untuk tengok macamana rupanya baby janin time tu...mungkin dek terlampau excited dapat tahu yang saya dah conceive, hasrat nak scan tu saya tangguhkan sehinggalah pregnancy saya mencecah 2 bulan setengah, buat pertama kali saya scan 'baby' di sebuah hospital pakar....bersama suami yang tercinta.... Saya pasti para ibu turut sama merasakan apa yang saya rasa bila first time tengok baby dalam perut...eventho time tu tak nampak rupa apa lagi, tapi bila tengok denyut jantung baby dalam womb, hati tiba-tiba tersentuh...itula agaknya naluri keibuan orang kata....sekeras mana pun hati seseorang tu, bila dah jadi ibu, memang akan tersentuh juga...maklumla, zuriat yang ditunggu dah ada dalam womb....segan juga nak nangis depan doktor, saya tahan2kan air mata....syukur pada tuhan tak terhingga...sejak saat tu, saya berdoa dalam hati supaya Allah memelihara kandungan saya...

Saturday, August 23, 2008

May 2007...Ku Kenang Selamanya

Setiap wanita yang berkahwin sudah pastinya menunggu saat di mana dia akan bergelar ibu...Yela, bila dah berumahtangga, tak kirala cepat atau lambat dapat baby, semua orangpun mengimpikan ada anak dan dapat develop sebuah family yang happy ever after kan.Macam tu jugala saya dulu bila dah bergelar isteri kepada suami yang sangat dicintai sepenuh hati (dari dulu sampaila sekarang,...dan selamanya..), memang tertunggu-tunggu jugala bilala agaknya aku ni nak conceive...Tengok cousins semua yang dah kahwin, wah!!cepatnyela dapat anak...apa kata orang, bunting pelamin kan...so bila tiba masa saya...dekat dua tahun jugala 'membujang' berdua je dengan hubby. Puasla juga merata kl selangor punya shopping complex kami serbu nak mengisi masa lapang hujung mnggu, memang tak lepas peluang tak lekat di rumah..



Namun begitu saya bersyukur kerana baik dari pihak keluarga suami ataupun keluarga saya sendiri, tak ada la yang kind of mendesak tanyakan kami hal bila nak dapat baby ni....sekadar bertanya ada tapi tidakla sampai mengeffect emosi kami suami isteri... Ye la perkara sebegini kan rezeki dari Allah, jadi terpulangla kepada Dia untuk beri kita apa yang Dia nak.Selebihnya, kita mampu berdoa dan usahakan la apa yang terbaik kan. Berbalik semula tarikh May 2007 tu, memang memeranjatkan..saya was all alone sebab hubby outstation ke Melaka for a few days..saya pulak baru a few days registered myself in untuk further study di sebuah IPTA as part time student, tiba-tiba rasa pulak dah badan panas dan tak sedap tekak. Ingatkan sebab cuaca, ye la on off hujan panas, makan minum pulak tak menentu, maklumla kat rumah sorang hubby takda, so makan pun tak selera.. Bila dah sampai tahap nak pitam sebab rasa badan dehydrate, saya pun pergila ke sebuah clinic nak ambil ubat kononnya...Doctor kat clinic tu siap gelakkan saya sebab tak notice saya dah 7 minggu ++ pregnant!!! Memang terkejut sangat sebab tak sangka dalam effort nak menyibukkan diri occupy dengan kerja dan study, Allah makbulkan doa saya nak jadi ibu....

Alhamdulillah..Maka bermulala life saya dari situ, menyiapkan diri untuk bergelar ibu....

Hello! Mothers...

Salam sejahtera,

Selamat datang ke blog saya! Sebenarnya saya dah lama set up akaun wordpress ni, cuma tak ada masa untuk letak post. Lately trend dah banyak berubah. Dulu ramai yang mulakan blog dengan Blogger.com tapi sekarang ni kalau tak beralih arah pun ramai yang buka 'cawangan' dengan Wordpress. Jadi, saya pun tak mau ketinggalan. Namun blog lama di Blogger.com tetap maintain. Ia lebih kepada pengumpulan tip-tip breastfeeding yang saya kutip sewaktu surfing untuk saya sendiri. Alhamdulillah, saya sebagai first time mother dan baby saya sendiri banyak dapat menfaat dari padanya. La ni zaman teknologi maklumat semuanya boleh dapat dari internet. Cuma bila dikumpul-kumpul tu boleh la orang lain kongsi sama dan tak perlu bazir masa untuk carian lagi. Untuk pengetahuan, sekiranya berminat lawatlah blog tersebut (sila klik banner di bawah):


dan



Jadi kenapa nak ada blog Wordpress pula? OK, jika blog tadi tu tentang tips breastfeeding jadi blog yang baru ni adalah tentang pengalaman saya sendiri sebagai ibu buat pertama kali,hal-hal menempuh saat saya pregnant, bab melahirkan, menyusukan anak dan macam-macam lagila dalam kehidupan seharian.Kira macam diari lah. Tujuannya tak lebih dari berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang ada di segenap pelusuk dunia..... Diharap ramai ibu-ibu yang akan sama-sama memberi komen dan juga berkongsi pengalaman agar ia akhirnya nanti akan memberi menafaat kepada semua pihak. Selain dari hal ehwal breastfeeding, perkara lain berkenaan ibu, baby tidak kurang pentingnya boleh juga kita kongsikan.

Adios!
Related Posts with Thumbnails