Sunday, January 31, 2010

Lunch Kami Today

Ada udang sambal masak tumis dgn belacan...manis2 pedas gitu...and sayur bayam fevret Nabil dgn lots of sweet fishball yang sgt lembut. Ntah bile nak pass masak bayam masak lemak putih..tak reti2 aku nak adjust manis lemak dia...salu cair je ataupun terover pekat...

Birthday

Kurang sebulan dari sekarang, Nabil aku akan menyambut birthdaynye yang ke 2 tahun..dah jadik toddler anak aku tu, bukan baby lagi, tapi dia akan sentiasa menjadi baby aku forever...yang manja, yang keletah , yang nakal kengkadang...

Pada umur 2 tahun, dia belum paham lg apa erti birthday, tapi aku dah niat dlm hati nak pupuk sikap ingat (remembering) itu dalam diri dia, untuk belajar appreciate orang2 tersayang...yang mana salah satu caranya adalah mengingati birthday, sebab ianya amatlah mudah kan..ingat birthday je..

Pada aku, sebenarnya tak perlu sangat sambut besar besaran, terpulang pada individu, sesetengah parents suka buat majlis(bagus), sesetengah suka sambut sesama keluarga je(pun bagus), sesetengah suka siapkan goodies dan hantar ke sekolah/nursery/kindergartn anak(juga bagus,bersedekah), dan ada juga yg tak kesah tak sambut pun birthday tu...

Aku ok je kalau ianya disambut secara sederhana, mungkin hantar goodies / food ke nursery tempat Nabil duk tu salah satu alternative baik, sebab tak mungkin aku berkesempatan buat majlis di rumah..yang penting ingatan tu ada..

Ingat lagi time kecik2 dulu, taip tahun aku tak penah miss dapat birthday wish dari parents dan adik bradik, even dari pakcik makcik pun...ini mcm jd culture dlm family(yang aku kira kebanyakan org pun mcm ni juga kan?)...kalau bernasib baik, dapatla duit atau token dari my abah / mum..sekurang kurangnya dorang bawak aku dan bros gi makan kat restaurant..bukan makan mewah apa pun, setakat makan di luar bersama, itupun sudah cukup menggembirakan...

Mum pulak lebih suka belikan aku menda mcm kain pasang ke, tudung murah2 ke, sebab menda2 ni aku pakai di hostel/uni .. kira mcm 2 dlm 1 la..hadiah birthday cum keperluan time study..

Even sampai sekarang pun, bila sampai time birthday aku je, sah handphone sms akan berbunyi...dapat wish daripada families...itu tanda ingatan yang aku hargai sangat2..

Dan untuk Nabil, aku harap culture semacam ini aku dapat terap dlm diri dia, setidak2nya dia akan belajar menghargai orang2 yang tersayang...

ps: Tahun ini kalau ada rezeki, aku dapat sambut birthday dgn parents dan family di kampung since aku akan berpantang selepas delivery di sana...dan , jika diizinkan Tuhan, tahun ni aku akan sambut birthday dgn 2 babies aku:Nabil dan bakal adiknya insyaallah..

Saturday, January 30, 2010

I like These!!!Jum cuci mata lagi

Wishlist?Dak gak..saje cuci mate dan cuci selera...angan dulu



[caption id="attachment_2756" align="aligncenter" width="242" caption="beg ijau Cole Haan tu BEAUTIFUL habis!All leather"]

[/caption]



[caption id="attachment_2757" align="aligncenter" width="300" caption="Baby Phat s Range..mcm Coach

Lunch Today

Harini buat sup daging je anak-beranak...malas nak renyah buat menda lain..Nabil pun suke la kalau sup-sup ni...

Untuk petang dah siap bancuh pisang tepung nak goreng cekodok..masuk sikit emborg creme kasi fluffy sikit..hehe

ps: sogan nak taruk agmbo menu masak2 ni, maklomla amatur je..hehe, plus, nak ambik gambo pun renyah...sebuk je awang kecik tu nak snap gak...

Thursday, January 28, 2010

My New Love



ps: if another 1 like this, tapi grey-black pun lawo gak..boleh lenjan dgn seme baju ape warna pun...


Saturday, January 23, 2010

Spekulasi Pemberhentian Elauns..harapnye tidakla

Hmmm..kalau betulla kerajaan nak stop pemberian elaun rumah dan cola, yang aku kira agak terasa akan kehilangannnya kalau benar dihentikan, alamatnya tiadala lagi selera nak melayan nafsu nafsi membeli barang yang selain barang keperluan asas kami anak beranak...unless kalau pendapatan isi rumah kami sudah melepasi rm12K sebulan, haruslah pemberhentian elauns tu semua tidak dirasakan sangat dan rutin memenuhi keinginan membeli ituini diteruskan..namun macamanapun, kiranya ada elauns atau tidak, aku diam2 menanam hasrat, tahun ini dan seterusnya, nak menambah simpanan bulanan..bukan apa, since bil ahli keluarga akan bertambah, sudah pastilah belanja isi rumah pun bertambah, sementelah pula umur anak2 berdua tu agak rapat, yang mana kos untuk nursery, keperluan setiap bulan adalah agak tinggi dan perlu maintenance yang agak besar kukira, paling tidak, jika sebelah tangan tidak lagi mencukupi, sebelah tangan lagi haruslah menghulur apa yang patut dak??? Ditambah pula dgn aku yang tengah sebuk kena menabung untuk yuran belajar setiap 3/4 bulan sekali, nama nak meng spend spend sembarangan ni, harusla berada dalam kawalan minda yang waras...

Kami suami isteri tidak berkereta besar, dan belum lagi bercadang untuk memilikinya setakat ni.. itu aku dan encik suami kira adalah antara langkah berjimat cermat yang agak membantu mengurangkan tanggungan bulanan..sepakat merasakan, belum masanya lagi nak bergaya dgn kereta handal..hehe..taktahula kot2 pada tahun akan datang, mana tahu ada rezeki lebih lagi kan..

Dan, antara langkah lain ialah mengurangkan makan di luar seboleh mungkin, sebab...dahle now lunch kami suami isteri berdua di luar, so weekend sebolehnya makan di rumah sahaja..plus, kurangkan merayau tak tentu arah di tempat public so that takdela tinggi sgt potential Nabil nak selsema la, batukla, itula inila...

Friday, January 22, 2010

Ini Yang Mummy Mohon Dari Allah

Kesihatan dan keceriaan yang berpanjangan,terutama buat anak-anak mummy insyaallah, serta abah Nabil, semoga sihat2 sentiasa,keberkatan dan bimbingan dari Allah sepanjang rutin seharian, kesabaran yang tak putus kiranya diuji pelbagai musibah..serta rezeki yang murah, amin.

ps: tatkala Nabil kurang sihat, mummy selalu fikir ini mungkin sebab mummy byk alpa dalam life...dan teringat ayat dari surah al -Baqarah: Allah takkan uji sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh kita, itu yang aku pegang untuk pujuk hati kala gundah mengenangkan anak yang kuar masuk hospital dan asyik kurang sihat ni..nauzubillahiminzalik..minta dijauhkan dari segala penyakit..amin

Busy Busy Busy Me..But I m Still a Mummy!

Busy tahap dewa...dgn kelasnye, dgn kijenya, dgn thesis poject yg blum dapat approval nya, kepala mak ligat begerak pikir kan memacam..tido pun bak kate member mak kak Datin..tido chap ayam je la...tapi sompek gak pagi naih pas print some documents, mak prepare bekfast yang sluurrrp untuk yang TERSAYANGS!..

Apa ???Istimewa???dak aih...roti telur bawang with samosa dgn tea strawberry cap Ahmad da...dan 2 gelas alpha lipid untuk kami tiga beranak..hehe

Cukupla buat pengalas perut Nabil dan ayahnye sementara dorang tunggu makan kat nursery kul 8.30 dgn lunch hour nanti....

ps: I LOVE U BOTH SAYANGS!!!

Monday, January 18, 2010

BERHATI-HATI BILA BISNES DAN BELI ONLINE YEA!

SILA BACE CERITA DI SINI:

http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=5809&forum=9&viewmode=flat&order=ASC&start=10

SEMOGA YANG MENIPU TU DITANGKAP POLIS....

PS:NGERI TIME NAK BG ACCOUNT NU KAT ORG YANG NAK BELI BRG YG DI JUAL...SEBB ORANG ZAMAN SEKARANG MEMNAG PANDAI MENIPU!SEBAB TU SAYA PREFER ORANG DTG COD JE BARANG KAT RUMAH...

Sunday, January 17, 2010

Western Food 4 Dinner


Dinner malam nih aku buat ala western je...chicken chop , vege( rebus je broccoli.kobes bunge), bun, fries dgn mashed potato bawah nih...nak test jadik ke tidak...


Bahan-bahan ( 2-3 org )


  • 2 biji kentang (dadu kecil)
  • 1/4 cwn susu segar
  • 1 tbsp butter
  • sedikit blackpepper
  • sedikit garam
  • **utk gravy**
  • 1/2 kiub pati lembu Rusuk (maggi punye)
  • 3/4 cwn air
  • stgh biji bwg besar(dadu kecil)
  • 1 tsp tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • sedikit blackpepper


Cara-cara


  1. rebus kentang dgn sedikit garam sampai empuk.bila dah empuk,lenyekkan.
  2. dlm periuk lain..panaskan susu dan butter sampai butter cair.padamkan api
  3. masukkan kentang yg dah lenyek tadi..gaulkan sebati.
  4. masukkan blackpepper dan gaul lagi.
  5. **utk gravy**
  6. didihkan air bersama kiub pati lembu..
  7. masukkan bwg dan tepung jagung yg dh bancuh.kacau sampai agak pekat..(xperlu garam psl kiub tu dh masin)
  8. last skali masukkan blackpepper dan padam api.
  9. bila nak hidang..ceduk mashed potato td gune 2 sudu(agak2 bulat)...cedukkan gravy keatasnye..dah siap..

source: resipi.com

ps: NABIL MAKAN NASI DGN SUP JE LA YE..HEHE..WESTERN NI 4 MAMI N ABAH JEK..OKLA.MAMI KASILA SIKIT FRIES TU KAT AWAK

Breakfast Apa Ya???

This morning- we had nasi lemak , sambal telur cili api fevret hasben, dan some telur dadar and roti mentega for baby Nabil............mummy juga buat sikit puding roti kukus pagi2 seawal 7 dah gedik2 kat dapo, sebab bahan semua dah ready since semalam..petang ni teringin nak jalan Nilai 3 ni kejap, carik kain metre murah untuk keperluan kelas di sekolah......nak tunggu peruntukan, lambat lagi so kuar je la duit sendiri dgn duit kelas dulu...janji kerja jalan!

Saturday, January 16, 2010

Petang Ni Kuih Sagu

Ye..tekak mcm nak makan kuih sagu..tapi versi akuversi lembik mcm puding sikit aaa..mkn dgn santan masak dan sedikit gula hangus..ngeeeeeeeee..aku manisbuahkan sagu tu time lembutkan dia atas dapo...nak kukus lambat pulak..Tak penah test yang kaler merah, yg ake buat ni hijau jer...

ps: resepi aku ambik dari RESIPI.COM,search for KUIH SAGU ye...

Friday, January 15, 2010

Cuci Mate Lagi

Since Nabil dan abhnye dua beranak dah lena...aku lak tekebil2 takle nak tido+cramp perut semacam, layanle nih

http://cgi.ebay.com/ws/eBayISAPI.dll?ViewItem&item=130351828228

Sok gi sepital, mintak duphaston, amik mc...haruslah rehat since badan rase tak sedap...memang aku surrender

Wednesday, January 13, 2010

Bleeding..again!

Dah lebih 2 bulan lepas sejak last bleeding, kali ni aku bleeding lagi..dah dekat 3 hari..asal masuk toilet je mesti takut2 sebab memang akan ada sekali discharge darah kadang2 sikit kadang2 banyak..aku pecaya ni mesti kes turun naik tangga kat sekolah dgn kehuluhilir dalam umah buat mcm2 sambil nabil dukung gak...kalo tak dukung harus meraung mcm kena lempang...dah contact doc, doc advise, cam bese ah, suh rehat manjang(as if la aku ni ada tukang gaji tukang suap mkn minum/cuci umah/takyah kije etc)...dan in case ada kuar fresh blood, cecepat pg jumpa doc kat er...sabor je la nak tunggu sampai 9 bulan....

What s For Tonite?

Menu simple, CURRY AYAM for abah and soup for Nabil....pagi sok leh cicah roti/lempeng dgn curry ye abang..hehehe

Monday, January 11, 2010

Setelah Seminggu Bekerja

Lega hati mummy today balik awal dari kerja lepas lunch dgn abah nabil kat luar,terus shoot ambik nabil dari taska..tak sampai setengah jam, riba kejap dan susukan dia, lenala si manja tu..tidur sampai kul 5 petang..sah la dia tak tido tengahari kat taska...erm..main la tu

Petang mummy goreng cekodok fevret...jagung bawang laa..apa lagi..hehe..hujan2 ni sedap makan dgn air tea o panas kan ...

Sunday, January 3, 2010

Breakfast Yang Simple

I made some tak pedas-- langsung bihun for yang tersayangs di rumah...together with my all-time -fav cekodok manis bawang berjagung(bagi mengabihkan sisa-sisa jagung dalam tin kat peti es..hehe)..and with kaw kaw teh tarik la..apa lagi...

Saturday, January 2, 2010

Menu Minum Petang Ni

Tadi lepas mkn tenghari tiba tiba tekak terliur nak makan puding jagung...ermm..kebetulan ada jagung tin dalam KC, so petang ni buat puding jagung versi mudah...(adapt n adopt dari blog SUDIPKAYU)

1 pint santan cair @ susu cair-in my case, ada susu cair/santan or takde ke, both ways pun ok...lemak atau tanpa lemak
4 sudu besar tepung kastard
20 gram sweetcorn dlm tin (suka hati nak kisar @ biar dia berbiji2, aku suke versi berbiji aje)
4 sudu besar gula-ni aku kuragkan sebb abah nabil tak suka manis sgt
Secubit garam

Cara2:

Campurkan tepung dgn gula. Gaul rata. Kemudian, campurkan 8 sudu susu cair . Pastikan bancuh rata sehingga tidak berbintil.
Masukkan adunan dlm periuk untuk dimasak, aku guna Vision so senangle dia cepat panas,tapi bab membasuhnye pulak lambat hilang daki. Masak dgn api perlahan,pastikan adunan dikacau kerap utk mengelakkan ia masak berbintil dan berkerak.Masak sehingga adunan berkilat dan tidak melekit

ps:resultnya okla, simple looking sesimple recipenye..minum dgn tea strawberry cap ahmad..although tak sepresentable cantik mcm kat kedai..hehe,tp abah Nabil kata..OKLA....gambo kendianla ye..aku malas nak upload..anak tengah sebuk nak main camera hp

Welcome Home NABIL

Semalam lewat petang kami discharged Nabil dari ward...Alhamdulillah he s getting better..real better!Taopi mcamanapun doc suh folo up juga to see his condition dalam seminggu ke sebulan nanti..harap Nabil semakin sihat, amin

Esok insyaalah atoknenek Nabil datang lepak umah seminggu dua untuk temankan Nabil kat rumah sementara half day mummy kat kije....bukan apa, doc advise supaya Nabil tidak expose sgt kat public dalam seminggu dua untuk elakkan sebarang jangkitan lagi...plus, atoknenek memang bercadang nak datang sementelah pula haritu datang just time kenduri sedara mara kat sini dan tak sempat nak lepak lama dgn Nabil..

So, mummy akan penuhkan freezer dgn food basah dan kering, so that nenek yang rajin akan masak mcm2 lauk yg sedap untuk Nabil makan..ngeeeeeeeeeeeeee

Selamat Datang 2010

Bermula lah sudah tahun baru 2010...Diharapkan tahun baru ini lebih indah dan ceria disamping orang-orang yang aku sayang.. Semoga kesihatan bertambah baik, keceriaan yang bertambah2 lagi, kasih sayang yang melimpah ruah, rezeki yang murah dan berlipatganda, kehadiran baby baru insyaallah yang akan mewarnakan lagi kehidupan kami sekeluarga, kerjaya yang bersinar-sinar, serta study dan thesis yang akan siap cantik pada masanya..hehe

Friday, January 1, 2010

Yang Tersayang...

Betullah kata orang..hidup kita ni jadi lebih bermakna dan bererti bila dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang, tak kirala saat suka ataupun duka...sakit atau sihat, susah atau senang...

ps: buat Abah Nabil, thanks for everything..buat atok nenek...doamu sentiasa kuperlukan, buat Nabil, mummy doakan awak tabah mnghadapi apa jua kepayahan...mummy abah sayang awak!amin.
Related Posts with Thumbnails