Saturday, April 30, 2011

Pantasnya Masa

Sekarang ni alhamdulillah, adala juga lebih kelapangan since satu perkara sudah berakhir(takyah citer a apa perkara itu, no big deal)...so rutin lama diganti dgn rutin baru...iaitu penambahan masa ngadap budak2 berdua ni yg tengah lasak tahap gaban..nak nak si adik yg baru nak cecah umur 12 bulan...adei...nak tggu dia lepak jap masa dia nenen dgn tido jek..the rest o the day, rayau satu umah..since dia belum pandai jalan, just meniti2 je tepi2 furnitures, tu yg semput mak menjaganye tu..takut jatuh tang mana2 kang payah lak..
Lagi dua tiga hari birthday adik, so plan nak beli kek bagi nursery untuk teatime. Masa nabil aritu bungkus goodie bag bagi member2 senursery dia.. this time cam tak lalu ak membungkus bagai, so senang crita kasik kek cukupla dik, kot ya pun, kasik goodie bag ke, kasik kek ke, dua dua pun awak tak merasa makan lagi ya, belum sampai masa hehe..

huh, ntah menda2 kang aku melalut ni, nak tulih panjang takdek idea sgt, bek la aku stop.chow!

Sunday, April 17, 2011

Iyad

Iyad semakin menghampiri usia setahun, dalam dua minggu plus lagi, insyaallah. Alhamdulillah dia anak yang cergas, ceria, sihat..jarang sakit unless kalau ujung bulan nak beralih bulan orang kata.. baru pandai merangkak, pun begitu lasaknye kemain..asal nampak mainan n makanan aje dia tambah cergas! belum ade gigi sebatang pun lagi, tak padan dengan dah pandai berdiri, sebab setahu saya, gigi keluar dulu baru pandai berdiri..(ye ke fakta ni?) Masih suka tidur meniarap, sejak kecik dah mc tu...kulit iyad dah semakin cerah, tarik dek isi agaknye haha..muka pun dah makin iras nabil, dulu kecik tak berapa nampak sagt resembling his brother, sekarang dah obvious nak nak kalau dia tengah sengih..memang mcm nabil lah....ye la, namapun brothers!



Jalan Jalan Kids Fair 2011 @ PWTC

Though pagi tu hujan bagai nak rak, we had fun there. Nabil even joined mummy gi language worksyop lagi.  Orang ramai gak a kat pwtc tu, ca ya nun alif la sahih ramai..am not being prejudiced, tapi ORANG KITA...ermmm... tak seramai konsert sure tak heboh laaaaaaaa







my boys!

Tuesday, April 12, 2011

Alhamdulillah,Dia kini 11 bulan!

Sudah hampir setahun IYAD hadir dalam hidup kami, abah, mummy dan abang NABIL...4 April lepas, IYAD genap 11 bulan. Insyaallah, lagi sebulan dia berumur setahun. Alhamdulillah atas segala nikmat kesihatan dan kebahagiaan yang diberi. Mengingat semula kelahiran IYAD, buat saya rasa betapa kita manusia sangat2 kerdil di sisiNya. Segala perancangan kita sebagai manusia, apa apapun Dia yang tentukan. Sepanjang pregnancy, saya agak sibuk dengan study, dgn anak, dgn hal dalam rumah yang sememangnya setiap hari takkan habis, ada saja perkara yang perlu settle. Pun begitu, rutin check up setiap bulan saya tak pernah tinggal. Pengalaman semasa bersalinkan Nabil mengingatkan saya betapa pentingnya menjaga kandungan dan diri sewaktu tempoh kehamilan. Tak tahulah di mana saya terlepas pandang, IYAD lahir hanya 2 kg. Ya, saya tau, ramai lagi baby yg lahir kurang berat badan, tak cukup bulan etc, tapi bila perkara semacam itu saya alami sendiri, tamparan nya Tuhan saja yang tahu. Sedikit sebanyak, perasaan menyalahkan diri sendiri terbit dalam hati, serasa seolah sayalah puncanya IYAD lahir sebegitu kecil.Masyaallah, boleh dikatakan setiap orang yang datang melihat, mesti kata Ya, Allah, keciknya dia... Tuhan saja yang tahu macamana perasaan saya masa tu.Empat hari saya berulang alik ke hospital tempat dia lahir since doktor risau dia HYPO.Lepas dua minggu lebih kurang melahirkan dia, IYAD warded sebab demam panas. Agak lewat juga bawa dia ke hospital sebab tak sedar yang dia demam sebenarnya. Warded lagi selama hampir lapan hari. Berulang alik juga saya ke hospital untuk menyusukan dia siang malam since tak cukup katil di hospital.
Pengalaman ni memang saya tak boleh lupa. Berdepan dengan anak yg sakit, dgn anak2 lain yg di hospital yg pelbagai jenis masalahnya, baru sepuluh hari melahirkan, saya kehulu hilir bagaikan orang biasa. Tak tahulah mana saya dapat kekuatan tu, tapi saya bersyukur, sebab hari hari yang saya lalui tu mengajar dan mengingatkan saya yang kita semua ni bukan siapa siapa di bumi tuhan, kepada Dialah kita mesti sentiasa memohon pertolongan, memohon ihsan dan bertawakal. Hari2 yang dilalui tu sedikit sebanyak mengajar saya untuk redha sekiranya apa2 jadi pada dia, atau pada abangya, saya redha. Malam malam saya terpisah dgn dia, saya menangis.Anak yang baru dilahirkan dipisah2 macam tu. Cuma susu perahan yang jadi pengubat hati saya untuk dia. Masa tu saya harap sgt IYAD faham situasi tu dan redha mummy terpaksa tinggalkan dia di hospital. Kebetulan masa tu Nabil tidur dgn nenek, nenek risau saya sakit tak cukup rehat, malam dgn nabil lagi. Tuhan saja yang tahu rasa hati saya masa tu. Runsing memikirkan Nabil yang agak terbiar perasaannya, dan runsing memikirkan adik yang sakit di ward. Si dia pulak jauh ..Pagi2 bila sampai saja ward, mesti nurse kata ,IYAD BAIK, MALAM TAK NANGIS SGT, PAGI2 JE NANGIS, TGGU MAMA DIA DATANG KOT YA...sedihnya saya dengar nurse cakap mcm tu, IYAD merengek2  bila saya dtg pagi2, tapi bila dah dakap dia terus diam, seolah tahu je mummy dah sampai.
Kalau boleh, saya tak nak lalui semua tu lagi, saya terfikir mcamana parents lain yg anaknya sakit lagi teruk dr apa yg IYAD alami, pun begitu saya bersyukur atas nikmat Allah, ujian sebegitu mungkin satu peringatan dari Dia, mungkin juga satu bentuk kasih sayang dari Dia, dan fikiran kita manusia tak mampu menilai segala perancanganNya,  segalanya terbatas dek pemikiran kita, yang mampu kita lakukan hanyalah memohon yang terbaik dariNya, dan bersyukur atas segala yang diberi. Semoga Allah memberkati kita, dan semoga kasih sayang Allah takkan pernah jauh dari kita semua,Amin.
ps: I LOVE THEM ALL...



Mereka ini lah nyawa saya...
Related Posts with Thumbnails