Tuesday, April 12, 2011

Alhamdulillah,Dia kini 11 bulan!

Sudah hampir setahun IYAD hadir dalam hidup kami, abah, mummy dan abang NABIL...4 April lepas, IYAD genap 11 bulan. Insyaallah, lagi sebulan dia berumur setahun. Alhamdulillah atas segala nikmat kesihatan dan kebahagiaan yang diberi. Mengingat semula kelahiran IYAD, buat saya rasa betapa kita manusia sangat2 kerdil di sisiNya. Segala perancangan kita sebagai manusia, apa apapun Dia yang tentukan. Sepanjang pregnancy, saya agak sibuk dengan study, dgn anak, dgn hal dalam rumah yang sememangnya setiap hari takkan habis, ada saja perkara yang perlu settle. Pun begitu, rutin check up setiap bulan saya tak pernah tinggal. Pengalaman semasa bersalinkan Nabil mengingatkan saya betapa pentingnya menjaga kandungan dan diri sewaktu tempoh kehamilan. Tak tahulah di mana saya terlepas pandang, IYAD lahir hanya 2 kg. Ya, saya tau, ramai lagi baby yg lahir kurang berat badan, tak cukup bulan etc, tapi bila perkara semacam itu saya alami sendiri, tamparan nya Tuhan saja yang tahu. Sedikit sebanyak, perasaan menyalahkan diri sendiri terbit dalam hati, serasa seolah sayalah puncanya IYAD lahir sebegitu kecil.Masyaallah, boleh dikatakan setiap orang yang datang melihat, mesti kata Ya, Allah, keciknya dia... Tuhan saja yang tahu macamana perasaan saya masa tu.Empat hari saya berulang alik ke hospital tempat dia lahir since doktor risau dia HYPO.Lepas dua minggu lebih kurang melahirkan dia, IYAD warded sebab demam panas. Agak lewat juga bawa dia ke hospital sebab tak sedar yang dia demam sebenarnya. Warded lagi selama hampir lapan hari. Berulang alik juga saya ke hospital untuk menyusukan dia siang malam since tak cukup katil di hospital.
Pengalaman ni memang saya tak boleh lupa. Berdepan dengan anak yg sakit, dgn anak2 lain yg di hospital yg pelbagai jenis masalahnya, baru sepuluh hari melahirkan, saya kehulu hilir bagaikan orang biasa. Tak tahulah mana saya dapat kekuatan tu, tapi saya bersyukur, sebab hari hari yang saya lalui tu mengajar dan mengingatkan saya yang kita semua ni bukan siapa siapa di bumi tuhan, kepada Dialah kita mesti sentiasa memohon pertolongan, memohon ihsan dan bertawakal. Hari2 yang dilalui tu sedikit sebanyak mengajar saya untuk redha sekiranya apa2 jadi pada dia, atau pada abangya, saya redha. Malam malam saya terpisah dgn dia, saya menangis.Anak yang baru dilahirkan dipisah2 macam tu. Cuma susu perahan yang jadi pengubat hati saya untuk dia. Masa tu saya harap sgt IYAD faham situasi tu dan redha mummy terpaksa tinggalkan dia di hospital. Kebetulan masa tu Nabil tidur dgn nenek, nenek risau saya sakit tak cukup rehat, malam dgn nabil lagi. Tuhan saja yang tahu rasa hati saya masa tu. Runsing memikirkan Nabil yang agak terbiar perasaannya, dan runsing memikirkan adik yang sakit di ward. Si dia pulak jauh ..Pagi2 bila sampai saja ward, mesti nurse kata ,IYAD BAIK, MALAM TAK NANGIS SGT, PAGI2 JE NANGIS, TGGU MAMA DIA DATANG KOT YA...sedihnya saya dengar nurse cakap mcm tu, IYAD merengek2  bila saya dtg pagi2, tapi bila dah dakap dia terus diam, seolah tahu je mummy dah sampai.
Kalau boleh, saya tak nak lalui semua tu lagi, saya terfikir mcamana parents lain yg anaknya sakit lagi teruk dr apa yg IYAD alami, pun begitu saya bersyukur atas nikmat Allah, ujian sebegitu mungkin satu peringatan dari Dia, mungkin juga satu bentuk kasih sayang dari Dia, dan fikiran kita manusia tak mampu menilai segala perancanganNya,  segalanya terbatas dek pemikiran kita, yang mampu kita lakukan hanyalah memohon yang terbaik dariNya, dan bersyukur atas segala yang diberi. Semoga Allah memberkati kita, dan semoga kasih sayang Allah takkan pernah jauh dari kita semua,Amin.
ps: I LOVE THEM ALL...



Mereka ini lah nyawa saya...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails