Monday, November 29, 2010

Nasi Ayam Penyet SEDAP!

SAYA MEMANG SUKA BANGAT MENU INI..

Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing

From Our Heart

Dear Allah, we are now responsible for the well being of another 2 human life..they are our babies..our 2 sweet young sons. They brought us joy, they made us happy, they completed our life. So please Allah, bring us patience and guide us in our parenthood journey. Amin.

Sunday, November 28, 2010

Fresh EBM 10 MIN

Lepak




I Love Seeing Them in Stripeys






October Pics

teman mummy pg laundry
budak ni dah 6 bulan time nih..still fully breastfed
sakit mata
abang pun kena gak....




Wednesday, November 24, 2010

Fresh EBM

Pergh..mak masih perlu gigih menten fresh EBMs..though dia sangat suka bubo nasik, namun fresh ebm masih menjadi pujaan hatinye eh....adik IYAD baru 6 bulan plus plus...mekasih MEDELA FREESTYLE(pomot okeh)...tidak lupa juga kepada CIK PISA yang bekurun azab duk dendiam dlm wardrobe..jasamu ku kenang..meybe next baby aku pulun ko pulak eh

Monday, November 22, 2010

Blog Terbiar

Mood untuk mengupdate blog setiap jam setiap hari adalah sangat tidak memberansangkan..sebab mak duk sebuk dgn anak2, dan mak sedang kusut nak siapkan pojek paper yang dah berkurun tu...ada sesapa nak ambik upah buat pojek paper mak tak?hehe

Pattern Makan Nabil vs Iyad

Iyad sekarang dah start makan solid..menu tiap hari adala bubur nasi blend carrot / bayam.. Nabil dulu makan 2 kali sehari dah cukup...malam cukup dengan susu sahaja, tapi Iyad berlainan sikit a pulak..salu kat nursery, dah makan dua kali, selain susu ebm, tapi bila petang senja2 sapie tu, dia mesti nak kena suap gak bubur then susu lagi pulak..barula macam tenang sikit..tak padan dgn badan halus...aishh..
Nabil dulu boleh bawak bersabar kalau suap bubur ala ala slow motion, maklumla, anak first, mak first time suap anak makan, suap lemah gemalai takut tersedak la, tecekik la, terbelahak la, tapi dgn Iyad, mak dah takleh lemah gemalai, lambat sikit je suap mula lah dia negk ngek ngek nak marah...Iyad..Iyad..ikut pangai sape ni hah???? Memang, setiap anak itu berbeza-beza..dan setiap mereka adalah unik ..kan..

Long Holiday Again..Kali ni Kami Sudah Berempat!

Syok...separuh november dan 3/4 december setiap tahun adalah masa saya 24jam/7 round the clock dengan 2 ahmads kecik...yeay! letih+ syok+ penat+ happy+ ngamuk+ ketawa+ heaven..semua adala...

Thursday, November 4, 2010

4/11/2010-IYAD TURNS 6 MONTHS

Genap Iyad umur 6 bulan je pada tarikh tersebut, mummy start bukak kabinet carik reta menda nak buat bubur dia tiap hari..hehe..seme recycle barang2  nabil dulu la jawabnye...seme pun dalam keadaan baik lagi

Start gak gugel semula resepi bayi 6 bulan...merah pulak la mata mak nak bangun pagi2 masak bubur kalo tak guna slow cooker...

ps: i hate slow cooker la..rugi je beli tak berapa pakai sangat...nape ntah..lagik suke masak bubur ank guna periuk tradisional besi tu...slow cooker tu alternatip la kalo travelling lepak hotel memana n nak masak bubor anak..
Related Posts with Thumbnails