Saturday, January 23, 2010

Spekulasi Pemberhentian Elauns..harapnye tidakla

Hmmm..kalau betulla kerajaan nak stop pemberian elaun rumah dan cola, yang aku kira agak terasa akan kehilangannnya kalau benar dihentikan, alamatnya tiadala lagi selera nak melayan nafsu nafsi membeli barang yang selain barang keperluan asas kami anak beranak...unless kalau pendapatan isi rumah kami sudah melepasi rm12K sebulan, haruslah pemberhentian elauns tu semua tidak dirasakan sangat dan rutin memenuhi keinginan membeli ituini diteruskan..namun macamanapun, kiranya ada elauns atau tidak, aku diam2 menanam hasrat, tahun ini dan seterusnya, nak menambah simpanan bulanan..bukan apa, since bil ahli keluarga akan bertambah, sudah pastilah belanja isi rumah pun bertambah, sementelah pula umur anak2 berdua tu agak rapat, yang mana kos untuk nursery, keperluan setiap bulan adalah agak tinggi dan perlu maintenance yang agak besar kukira, paling tidak, jika sebelah tangan tidak lagi mencukupi, sebelah tangan lagi haruslah menghulur apa yang patut dak??? Ditambah pula dgn aku yang tengah sebuk kena menabung untuk yuran belajar setiap 3/4 bulan sekali, nama nak meng spend spend sembarangan ni, harusla berada dalam kawalan minda yang waras...

Kami suami isteri tidak berkereta besar, dan belum lagi bercadang untuk memilikinya setakat ni.. itu aku dan encik suami kira adalah antara langkah berjimat cermat yang agak membantu mengurangkan tanggungan bulanan..sepakat merasakan, belum masanya lagi nak bergaya dgn kereta handal..hehe..taktahula kot2 pada tahun akan datang, mana tahu ada rezeki lebih lagi kan..

Dan, antara langkah lain ialah mengurangkan makan di luar seboleh mungkin, sebab...dahle now lunch kami suami isteri berdua di luar, so weekend sebolehnya makan di rumah sahaja..plus, kurangkan merayau tak tentu arah di tempat public so that takdela tinggi sgt potential Nabil nak selsema la, batukla, itula inila...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails