Saturday, August 23, 2008

Hello! Mothers...

Salam sejahtera,

Selamat datang ke blog saya! Sebenarnya saya dah lama set up akaun wordpress ni, cuma tak ada masa untuk letak post. Lately trend dah banyak berubah. Dulu ramai yang mulakan blog dengan Blogger.com tapi sekarang ni kalau tak beralih arah pun ramai yang buka 'cawangan' dengan Wordpress. Jadi, saya pun tak mau ketinggalan. Namun blog lama di Blogger.com tetap maintain. Ia lebih kepada pengumpulan tip-tip breastfeeding yang saya kutip sewaktu surfing untuk saya sendiri. Alhamdulillah, saya sebagai first time mother dan baby saya sendiri banyak dapat menfaat dari padanya. La ni zaman teknologi maklumat semuanya boleh dapat dari internet. Cuma bila dikumpul-kumpul tu boleh la orang lain kongsi sama dan tak perlu bazir masa untuk carian lagi. Untuk pengetahuan, sekiranya berminat lawatlah blog tersebut (sila klik banner di bawah):


dan



Jadi kenapa nak ada blog Wordpress pula? OK, jika blog tadi tu tentang tips breastfeeding jadi blog yang baru ni adalah tentang pengalaman saya sendiri sebagai ibu buat pertama kali,hal-hal menempuh saat saya pregnant, bab melahirkan, menyusukan anak dan macam-macam lagila dalam kehidupan seharian.Kira macam diari lah. Tujuannya tak lebih dari berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang ada di segenap pelusuk dunia..... Diharap ramai ibu-ibu yang akan sama-sama memberi komen dan juga berkongsi pengalaman agar ia akhirnya nanti akan memberi menafaat kepada semua pihak. Selain dari hal ehwal breastfeeding, perkara lain berkenaan ibu, baby tidak kurang pentingnya boleh juga kita kongsikan.

Adios!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails