Saturday, May 2, 2009

Nursery ke, Babysitter ke?

Lagi 10 bulan Nabil akan berumur 2 tahun...(lambat lagi tu) aku merancang2 nak bagi Nabil duk nursery adik setelah dia mencecah umur 2 tahun kerana kukira umur itu sudah matang dan sepatutnyalah dia start bercampurgaul dengan peer group dia. Sekarang ni masih lagi duk nyewa yang mana rumah sewaku itu dihutan belantara sempadan Dengkil Bangi, so tak ada pilihan taska terdekat, jadi aku letak Nabil di rumah pengasuh. Baguskah pengasuh? Erm, setakat daki sikit2 tak habis cuci or mandi tak bersih, balik petang aku bersihkan, tengahari tido tak mau sebab sebok nak main dgn anak pengasuh (haaa, ni aku HANGIN sebab balik je ngamuk ngantok, kita takle nak main dgn dia sebab dia TIDO PETANG!)balik petang sumbat nenen aku tidurkan, punggung ruam sebab dia jimat DD (normally aku bekalkan 7 DD, tapi yang luak cuma 3 KEPING!), balik aku sapu creme ruam, botol tak bersih cuci celah2 teat, hari2 aku antar ambik botol dan sterile sendirik...ini adalah masalah sejagat kalau kita antar anak kat pengasuh yg tiada kursus penyeliaan penjagaan anak2, yang dia ambil kira, dia dah beranak ramai, dah makan garam bla bla bla

Aku memandang nursery sebagai tempat asuhan yang berniaga, kita bayar dia untuk menjaga betul-betul dan rapi anak kita itu...jadi tidak ada masalah kalau kita nak demand yang terbaik pun sebab kita bayar dia buat kerja, bukannnya CIK..AKAK MINTA TOLONGLA CIK TENGOK2KAN ANAK AKAK NI YEA.....aku juga rase nursery adalah lebih berdisiplin (TIDAK SEMUA YE CIK PUAN) compared dgn pengasuh (ADA PENGASUH YANG AWAAAY BETTER), sebab ada jadual makan, minum, tidur, main, belajar (ikut cara umur budak la) dan yang pasti, anak2 kita bercampur dengan rakan sebaya nya, sekaligus ini meransang pertumbuhan minda dan mentalnya ekonomi...kan? Jadnya, bertepatan dengan aku dan encik suami dan Nabil yang akan berpindah masuk ke kawasan perumahan hak milik sendiri kami dalam jangka masa terdekat ni, aku berhajat mempercepatkan kemasukan Nabil ke nursery...so misi aku short term ni, SURVEY2 LA nursery kat situ....adios

2 comments:

mrs noba said...

kalo saya personally, saya lebih suka nursery.

Deqnan said...

Saya mmg lbh syorkan nursery...
X payah pening kepala...especially bab cuti2 ni...
cz sesetengah pengasuh slalu ambik cuti itu ini...
jd kita pun t'paksalah bercuti gak...
kalau anto nursery x payah risau ini sume...
Buat masa ni..alhamdulillah si hazieq kat nursery yg dianto sejak umurnya 8 bln...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails